Cara Memilih Krim Kulit Gatal yang Sesuai untuk Merawat Penyakit Ekzema di Malaysia
Kulit gatal adalah keadaan kulit biasa yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Ia selalunya disebabkan oleh kulit kering, alahan atau penyakit ekzema. Simptom kulit gatal yang paling biasa adalah keinginan yang kuat untuk menggaru kawan yang terjejas. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit gatal yang berpunca dari ekzema atau penyakit kulit psoriasis.
Antaranya ialah dengan menggunakan krim kulit gatal pada tempat yang terjejas. Ekzema dan psoriasis adalah dua penyakit kulit yang mempunyai banyak persamaan. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai perbezaan tersendiri. Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan kulit meradang dan gatal manakala psoriasis menyebabkan pengeluaran terlalu banyak sel kulit.
Terdapat pelbagai produk untuk kulit sensitif di pasaran yang menyatakan bahawa produk mereka boleh merawat penyakit ekzema, namun tidak semua jenama bersesuaian dan mampu melakukannya. Oleh sebab itu, anda perlulah membuat pilihan yang tepat untuk merawat penyakit kulit yang anda hidapi.
Kawal Diri Dari Menggaru
Kulit yang gatal perlulah dikawal supaya tidak menjadi semakin teruk. Perasaan ingin menggaru untuk mendapat kepuasan dari kegatalan yang dirasai sangatlah sukar untuk dilawan. Perkara ini perlulah dibendung kerana kulit yang gatal akan lebih cepat luka jika sering digaru.
Selain itu, kulit juga akan lebih mudah terdedah dengan kuman dari luar jika ia sering digaru. Bagaimana pula caranya untuk mengurangkan kegatalan pada kulit tanpa perlu menggaru? Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan pelembab untuk kulit kering pada kawasan yang terjejas.
Ini adalah kerana, jika anda memastikan kulit anda sentiasa lembab dan terhidrat, ia akan mengelakkan kekeringan dan kerengsaan pada kulit. Anda boleh menggunakan pelembab sekerap mungkin jika diperlukan.
Krim Kulit Gatal dalam Mengurangkan Ekzema
Terdapat beberapa bahan yang anda perlu pastikan untuk ada dalam krim kulit gatal sebelum anda memilih untuk menggunakannya. Bahan- bahan in termasuk:
- Emolien
- Agen anti-radang
- Antibiotik
- Agen antipruritik
- Antiseptik
Bahan-bahan dalam krim kulit gatal yang digunakan untuk merawat ekzema boleh berbeza-beza bergantung pada keperluan khusus anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kulit sensitif, penggunaan produk yang mempunyai minyak pati atau wangian juga perlu dikurangkan.
Pastikan anda juga tahu bahan yang perlu dimasukkan dalam produk kulit anda seperti aloe vera. Anda juga perlu mengenal pasti jenis alahan yang anda punyai pada penggunaan produk atau makanan untuk mengurangkan reaksi kegatalan pada kulit.
Ekzema boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan tetapi paling kerap muncul pada tangan, kaki dan lengan. Berikut adalah cara untuk mengurangkan kegatalan akibat ekzema:
- Pastikan kuku anda dipotong pendek dan kemas.
- Gunakan pelembab untuk kulit kering yang bebas pewangi dan bebas minyak.
- Pakai pakaian kapas atau kain lain seperti sutera atau bulu.
- Sapukan jeli petroleum pada kulit anda selepas mandi atau mencuci tangan.
Penyakit Ekzema Sebagai Penyakit Yang Tidak Boleh Dipulihkan
Perlulah anda ingat bahawa penyakit ekzema adalah penyakit yang tidak boleh dipulihkan walaupun ia tidak berjangkit dan tidak boleh disebarkan dari orang ke orang. Matlamat utama untuk merawat ekzema adalah untuk mengurangkan kegatalan dan keradangan. Kulit gatal adalah simptom biasa ekzema.
Anda harus tahu bahawa tidak semua rawatan ekzema adalah sama dan ia berfungsi dengan cara yang berbeza. Sesetengah mungkin tidak berfungsi sama sekali manakala yang lain boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kekeringan. Ketahui lebih lanjut di sini!
Oleh sebab itu, sangatlah penting untuk anda ketahui jenis kulit anda, alahan yang anda hadapi dan memilih produk dan bahan yang mampu mengurangkan simptom ekzema yang anda lalui. Selain itu, adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor anda sebelum memutuskan pelan rawatan untuk kulit anda.
Perlulah diingati bahawa anda juga harus mengetahui jenis ekzema yang anda hidapi untuk membantu proses rawatan dengan lebih cepat dan tepat.