Hubungan kelamin semasa isteri subur masih merupakan cara yang paling sesuai untuk mereka yang lebih muda dan tidak mempunyai masalah kesuburan lain. Bagi wanita yang mengalami masalah kesuburan atau kemandulan kebiasaanya mereka berdepan dengan cabaran masa.
Hal ini adalah kerana semakin usia wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas meningkat, semakin kurang peluang mereka untuk hamil dengan seorang bayi.
Oleh itu, apabila usaha mereka masih tidak berjaya, teknologi reproduksi berbantuan (ART) terpaksa digunakan jika pasangan mahu mendapatkan zuriat. Kaedah paling biasa dan berhasil bagi sesetengah wanita adalah rawatan IVF.
Apa Itu Rawatan IVF?
Persoalan yang selalu ditanya oleh pasangan adalah apa itu IVF? IVF atau persenyawaan in vitro merupakan salah satu rawatan kesuburan yang amat berkesan. Terdapat banyak pasangan yang telah berjaya hamil dan menikmati cahaya mata disebabkan oleh proses IVF berjaya.
Rawatan kesuburan bukanlah sesuatu yang asing dan baharu bagi masyarakat pada masa kini berikutan masalah ketidaksuburan yang semakin meningkat. Pengalaman IVF melibatkan proses persenyawaan dengan mengeluarkan telur dari badan wanita serta mengambil sampel sperma.
Kemudiannya, kedua-dua telur dan sperma akan digabungkan secara manual di makmal. Kaedah ini pertama kali diperkenalkan pada 1970-an. Pada masa kini, pelbagai klinik rawatan kesuburan telah menawarkan rawatan IVF kepada pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan.
Kaedah rawatan IVF telah membawa harapan kepada ramai wanita yang tidak dapat mengandung secara semula jadi kerana disebabkan oleh penyumbatan atau kekurangan kedua-dua tiub fallopio.
Pada 90-an pula, kaedah rawatan kesuburan suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) telah diperkenalkan untuk merawat lelaki yang mengalami masalah sperma yang kurang baik.
ICSI melibatkan proses di mana sperma disuntik ke dalam telur. Teknologi ini telah merevolusikan rawatan-rawatan kesuburan dan ramai pasangan telah berjaya mendapatkan zuriat melalui rawatan kesuburan tersebut.
Risiko Rawatan IVF
Bagi pasangan yang menjalani rawatan IVF, salah satu risiko yang utama adalah mereka mungkin menghadapi kegagalan rawatan. Walaupun rawatan IVF sudah lengkap, ia juga boleh gagal kerana implantansi embrio ke dinding rahim tidak berjaya.
Terdapat rawatan IVF yang telah dibatalkan separuh jalan kerana pelbagai sebab seperti proses IVF di mana tiada pertumbuhan folikel, tiada telur yang matang untuk disenyawakan, tiada perkembangan embrio, pengumpulan telur yang tidak cukup atau tiada persenyawaan antara telur dengan sperma.
Punca Ketidaksuburan
Tips IVF yang pasangan-pasangan perlu mengetahui adalah untuk memahami punca sebenar ketidaksuburan mereka. Terdapat pasangan yang masih menangguh atau tidak mampu menjalani rawatan adalah disebabkan oleh harga IVF di Malaysia.
Walau bagaimanpun, bagi wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas dinasihatkan supaya tidak menangguhkan rawatan dan mendapatkan bantuan seawall mungkin bagi mengelakkan lebih pengurangan bilangan dan kualiti telur mereka.
Hal ini adalah kerana kesuburan wanita mula merosot dari umur 35 tahun dan ke atas dan ia akan semakin berkurang apabila mereka berusia 40-an. Beberapa faktor lain seperti gaya hidup yang melibatkan tindakan merokok, berlebihan berat badan atau kekurangan berat badan serta tekanan mungkin akan menjejaskan proses rawatan IVF tersebut.
Untuk mengetahui punca sebenar ketidaksuburan anda, anda dinasihati untuk melawati doktor. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan latar belakang secara menyeluruh. Beberapa ujian yang wanita perlu mengalami juga seperti ujian lumaran pap dan imbasan pelvik untuk mengenal pasti sebarang pertumbuhan.
Ujian kesuburan dan ujian darah bagi kedua-dua pasangan juga akan dijalankan bagi memeriksa hormone ovari wanita dan sperma lelaki. Setelah masalah ketidaksuburan dikenalkan, doktor atau pakar akan mengesyorkan rawatan yang paling sesuai untuk pasangan tersebut.
Ada beberapa masa di mana punca ketidaksuburan tidak dapat ditentukan atau dijumpai. Pakar atau doktor juga akan memperakukan rawatan kesuburan yang paling sesuai bagi meningkatkan kebangrakalian wanita untuk hamil.